The Knights Award rai 45 pemenang

The Knights Award rai 45 pemenang

ZYRO Wong (duduk, tengah) bergambar bersama sebahagian penerima anugerah yang hadir pada Majlis Anugerah The Knights 2023 Musim Ke-2 di Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: The Knights Award Musim Ke-2 memberi penghormatan kepada pencapaian luar biasa perniagaan di Asia sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia.

Majlis itu meraikan 45 pemenang yang terdiri daripada individu dan korporat seluruh Asia atas pencapaian cemerlang dan sumbangan mereka sebagai peneraju sebenar dalam bidang masing-masing kepada masyarakat dan negara.

Presiden The Knight Award, Dr. Zyo Wong berkata, anugerah kali ini menjangkakan idea dan inovasi yang lebih hebat yang membentuk Malaysia dan seluruh rantau dalam bab perniagaan.

“The Knight Award menyatukan perniagaan yang memberi inspirasi dan impak kepada komuniti,” katanya ketika berucap dalam majlis The Knights Award musim ke-2 di
sini semalam.

Dalam pada itu, BERNAMA TV, saluran televisyen milik Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menerima anugerah berprestij ‘The Rapid News Distribution of All Time (Malaysia)’ bagi
anugerah berkenaan.

The Knight Award mempunyai tiga kategori iaitu ‘The Duke’, ‘The Earl’ dan ‘The Baron’, menyaksikan BERNAMA TV sebagai salah satu daripada penerima kategori ‘The Duke’ untuk organisasi Korporat Terbaik atas peranan pentingnya dalam membentuk naratif Malaysia pada peringkat global yang mengetengahkan dasar, pencapaian dan pembangunan negara.

Ketua Pengarang BERNAMA, Nurul Afida Kamaluddin berkata, anugerah ini amat bermakna untuk BERNAMA, yang telah membuktikan kepentingan sumbangan agensi ini dalam industri media semasa.

Antara penerima kategori ‘The Duke’ ialah Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah untuk Anugerah Ikon ‘Guardian of Public Health Covid-19 Response’, Prof. Wang Gugwu (Pencapaian Sepanjang Hayat ‘Sinologist’ (Anugerah Asia Tenggara) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (Anugerah Suara Emas Timur). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×