Pencalonan The Knights Award 2025 dibuka, rebut 30 kategori

Pencalonan The Knights Award 2025 dibuka, rebut 30 kategori

DR. ZYRO Wong (dua, kiri) bersama Pengerusi Festival Fesyen Islam, Datuk Seri Raja Rezza Shah (bersongkok) dalam sesi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) The Knights Award Season 4 di Ampang, Selasa lalu. – UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses pencalonan The Knights Award (TKA) musim keempat kini rasmi dibuka dengan memperkenalkan pelbagai kategori baharu yang menekankan kecemerlangan, inovasi dan kelestarian.

Presiden TKA, Dr. Zyro Wong berkata, tahun ini hanya 30 kategori disenaraikan sekali gus menjadikan anugerah itu lebih eksklusif dan kompetitif.

“Proses pencalonan TKA mu­sim keempat kini dibuka dengan pelbagai kategori baharu yang menekankan kecemerlangan, inovasi serta kelestarian.

“Jika pada musim-musim ter­dahulu sebanyak 50 kategori dipertandingkan, tahun ini hanya 30 kategori disenaraikan sekali gus menjadikan anugerah ini lebih eksklusif dan kompetitif,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ampang.

The Knights Award (TKA) julung kali dianjurkan bersama Commonwealth Youth Innovation Hub (CYIH) yang mewakili 56 negara anggota Komanwel.

Majlis berprestij itu berlangsung Oktober ini di Dewan Filharmonik, Menara Berkembar Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dr. Zyro Wong berkata, kerjasama dengan CYIH membuktikan aspirasi pihaknya untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab global keusahawanan, budaya dan pembangunan lestari.

“Tahun ini menandakan satu pencapaian penting apabila The Knights Award Season 4 dianjurkan bersama Commonwealth Youth Innovation Hub.

“Kerjasama ini mengukuhkan lagi misi kami untuk memposisikan Malaysia sebagai hab global keusahawanan, budaya dan pembangunan lestari di samping mewujudkan peluang bermakna untuk kerjasama rentas sempadan,” katanya.

Sejak diperkenalkan tiga musim lalu, TKA telah meraikan lebih 150 tokoh dan organisasi dari pelbagai bidang, sekali gus mewujudkan platform elit bagi pengiktirafan antarabangsa.

Musim kali ini bakal menampilkan kehadiran delegasi an­­tarabangsa termasuk pemenang dua kali Anugerah Grammy, Peabo Bryson dari Amerika Syarikat serta pelakon Hong Kong, Wayne Lai, pemenang tiga kali anugerah Pelakon Lelaki Terbaik TVB.

Selain itu, penyanyi terkenal Kanada, Rozette akan membuat penampilan sulung di Malaysia sebagai penerima anugerah dan penyanyi jemputan.

Pada sidang akhbar itu, turut diadakan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara TKA dan JDX Tea, selain pengumuman rakan rasmi termasuk Astro selaku rakan media, Millennium Autobeyond dan Branding Association Malaysia sebagai organisasi penyokong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×