JPJ kesan ramai warga dikesan lakukan kesalahan jalan raya

Ramai warga asing dikesan lakukan kesalahan jalan raya

MUHAMMAD FIRDAUS Shariff (kanan) melihat anggota JPJ memeriksa seorang penunggang motosikal di Malim, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyita sebanyak 265 kenderaan dipandu warga asing melalui Operasi Pemandu Warga ­Asing (PeWA) dari Januari hingga November tahun ini.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff ber­kata, warga Rohingya paling ramai melakukan pelbagai kesalahan jalan raya iaitu seramai 163 orang diikuti Pakistan (63), Bangladesh (29), Indonesia (14) dan India (3).

“Sebanyak 265 kenderaan telah disita membabitkan 236 motosikal, kereta (23) dan kenderaan perkhidmatan barangan (PKB) sebanyak enam buah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara kesalahan yang dilakukan oleh warga asing ini tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), tiada Lesen Vokasional (GDL), tiada insurans dan salah guna Lesen Kende­raan Motor (LKM).

“Ada antara warga asing ini pula menggunakan ken­deraan biasa untuk dijadikan sebagai kenderaan perdaga­ngan juga turut disita,” katanya kepada pemberita selepas Op Patuh JPJ bersama Jabatan Siasatan dan

Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Malim di sini, malam kelmarin.

Tambah Muhammad Firdaus, sepanjang tempoh sama, secara keseluruhan JPJ menyita 700 kenderaan membabitkan 580 motosikal, kereta (68), kenderaan barangan (46), kenderaan perkhidmatan awam (2) dan lain-lain (4).

Menurutnya, kesalahan ter­tinggi direkodkan adalah membawa lebih muatan sebanyak 1,735 kes diikuti tidak memakai topi keledar dan tali pinggang keledar (1,348) dan tidak mematuhi lampu isyarat (776).

“Antara sembilan kesalahan utama yang dilakukan pengguna jalan raya adalah membawa muatan secara bahaya (230), menggunakan telefon bimbit (167), memotong barisan (57), memandu di lorong kecemasan (27), memotong di garisan berkembar (7) dan memandu berterusan di lorong kanan (4),” ujarnya.

Sementara itu, dalam operasi bersepadu malam tadi, beliau berkata, seorang lelaki berusia 39 tahun telah diarahkan ke Ibu Pejabat Polis Dae­rah (IPD) Melaka Tengah untuk menjalani pemeriksaan lanjut selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurutnya, dua penunggang motosikal berusia antara 20 dan 30-an pula ditahan kerana disyaki positif dadah jenis methamphetamine, ha­sil ujian saringan dijalankan AADK.

“Empat kenderaan turut disita iaitu sebuah bas kilang, van kilang dan dua motosikal adalah antara 385 kenderaan yang diperiksa di mana 134 kenderaan diambil tindakan dengan 150 notis dikeluarkan,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini