Dakwaan Howard Lee tafsir ayat al-Quran disiasat

Dakwaan Howard Lee tafsir ayat al-Quran disiasat

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang didakwa membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak­nya membuka siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis ada me­nerima laporan semalam dan kertas siasatan telah dibuka.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara itu.

“Bagaimanapun kita rujuk kepada laporan asal yang dibuat di (Balai Polis) Jalan Tun Razak,” katanya.

Kelmarin, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak membuat laporan polis bagi men­desak siasatan terhadap Howard Lee kerana didakwa menghina Islam.

Presiden Jabat Perak, Amiruddin Mohd. Daud dipetik sebagai berkata, laporan polis tersebut dibuat bagi meminta siasatan dan tindakan dikenakan terhadap Howard Lee kerana dianggap menghina agama Islam.

Katanya, tafsiran ayat-ayat suci al-Quran hendaklah disentuh atau ditafsir oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut tetapi orang bukan Islam bertindak menafsirkan ayat di dalam al-Quran sekali gus menyentuh perkara 3R (agama, raja, kaum). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×