Fadhil mahu wujudkan podcast berbasikal

Fadhil mahu wujudkan podcast berbasikal

FADHIL ZONIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Muhammad Fadhil Zonis bukan sahaja mempunyai kepakaran melakukan kayuhan deras di atas trek, malah turut memiliki bakat terpendam dalam bidang visual dan fotografi.

Fadhil, 25, pernah mempunyai saluran Youtube sendiri yang dinamakan @fadhilzonis, yang banyak memaparkan kehidupan sehariannya bergelar atlet berbasikal kebangsaan.

Dia juga seringi berkongsi cerita-cerita belakang tabir ketika beraksi dalam kejohanan antarabangsa.

Begitupun kekangan masa menyaksikan Fadhil tidak dapat memberi komitmen penuh menghasilkan lebih banyak video untuk tatapan umum.

Saluran Youtube Fadhil yang diciptanya sejak dua tahun lalu setakat ini hanya mempunyai tujuh video.

“Saya memang meminati kamera, kerana saya suka mengambil gambar. Kadang­kala saya memang akan mengambil gambar pasukan ketika berlatih, atau kalau kami sedang dalam perjalanan ke luar negara, hanya untuk suka-suka.

“Saya pernah ada vlog, tetapi sudah lama saya tinggalkan disebabkan terlalu sibuk dengan latihan dan kejohanan.

“Mungkin saya akan cuba kembali hidupkan vlog saya itu di Youtube untuk mencari duit tepi,” jelas Fadhil sambil berseloroh.

Bagi Fadhil, dia akui ketika ini hobinya itu mampu memberi pulangan lebih baik jika dimanfaatkan dengan ­sebaiknya.

FADHIL Zonis (kiri) bersama Azizulhasni Awang (tengah) dan Shah Firdaus Sahrom.

Apatah lagi dia mempu­nyai subjek yang cukup digemari ramai, yang bukan sahaja ditonton oleh pengamal media bagi mendapatkan perkembangan lebih lanjut mengenai skuad berbasikal trek negara, malah turut mendekatkan Fadhil dengan para peminatnya menerusi perkongsian yang ­eksklusif.

Antara idea yang kini dalam perancangan Fadhil adalah mewujudkan satu ranca­ngan bual bicara dalam saluran ­Youtubea bersama beberapa pelumba basikal kebangsaan, membincangkan topik mengenai sukan berbasikal di peringkat tempatan serta antarabangsa.

“Macam kita ta­hu Datuk Azizul (Hasni Awang) ada pasukan sendiri untuk sun­ting video dan sebagainya.

“Saya pula sebelum ini banyak membuat secara sendiri, jadi suntingan saya biasa-biasa sahaja.

“Datuk pernah pesan kepada saya ini juga sumber pendapatan, dan tidak memerlukan tenaga yang banyak.

“Mana tahu satu hari nanti, mungkin saya boleh jadi jurukamera peri­badinya atau kalau ­Datuk bersara nanti, dia mahu buat podcast.

“Saya boleh turut serta, sebab rancangan berbentuk bola sepak sudah banyak diadakan, sukan berbasikal tiada lagi,” tambahnya.

Fadhil yang baru sahaja menamatkan penantian tujuh tahun negara negara dengan memenangi acara 1 kilometer ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai ­bulan lalu turut berkongsi prinsip hidup yang dipegang­nya dalam usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.

“Saya selaku rasakan bahawa untuk kita bergerak ke hadapan.

“Kita kena ubah pemikiran kita supaya dapat mengubah kehidupan kita, kita tidak boleh kekal dengan perkara yang sama, benda yang membuatkan kita selesa, kita tidak akan maju,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×