Kaji pelaksanaan projek, elak pantai peranginan berisiko lenyap

Kaji pelaksanaan projek, elak pantai peranginan berisiko lenyap

PENAHAN ombak yang dibina di Pantai Ban Pecah, Parit Buntar bagi mencegah hakisan berikutan kawasan laut di situ dahulunya merupakan kawasan sawah padi namun dikatakan ditenggelami air laut pada tahun 1960-an. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa pantai peranginan popular di sepanjang pesisir negara ini oleh le­nyap jika pelaksanaan projek tidak mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar selain ancaman pemanasan global.

Antaranya Pantai Klebang di Melaka, Tanjung Tuan (Negeri Sembilan), Morib hingga Pulau Carey (Selangor), Manjung dan Ban Pecah (Perak), selatan Johor serta keseluruhan pesisir pantai di tanah besar dan pulau-pulau kecil perairan Pulau Pinang.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, Presiden Pertubuhan Pe­lindung Khazanah Alam (PE­KA), Damien Thanam Divean ber­kata, ia juga melibatkan Kua­la Muda, Kedah dan selatan Pulau Langkawi yang kini ingin membuat pulau tiruan sebesar 10,000 hektar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, hakisan pesi­siran pantai di Malaysia dise­babkan beberapa perkara iaitu selain ombak ia juga disebabkan proses mengorek pasir dari dasar laut untuk melakukan penambakan lalu mengganggu arus air laut yang pada akhirnya akan berubah.

“Arus laut mempunyai dua sifat, iaitu ia akan mengambil semua sisa-sisa dalam dasar lalu akan membuat tambakannya sendiri iaitu dipanggil sebagai sandbar, kawasan yang dalam sebelum ini sesuai untuk akti­viti perikanan dan dijadikan sebagai laluan kapal-kapal besar menjadi cetek. Jadi semua landskap di bawah permukaan air terpaksa dibuat semula.

“Sifat kedua yang lebih memusnahkan apabila terganggu disebabkan aktiviti-aktiviti pro­jek ini, ia akan mula mengha­kis pantai. Jadi jika kerajaan ingin mencegah hakisan pantai, mereka akan ‘menguatkan’ kawasan pesisiran pantai dengan batu-batu besar. Ini memusnahkan sehingga mungkin sudah tiada lagi pada masa akan datang,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, akhbar ini mela­porkan, beberapa bandar di negara ini bakal hilang berikutan kenaikan paras laut menjelang 2050 iaitu kurang 30 tahun daripada sekarang.

Kenaikan paras berlaku dise­babkan perubahan iklim berla­ku disebabkan proses dinamik yang terjadi di bumi iaitu pemanasan global, di mana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjangka pada tahun 2030 bumi akan menjadi lebih panas sehingga 1.6 darjah Celsius.

Malaysia turut tidak terkecuali apabila menurut laporan Kumpulan Bank Dunia pada 2021 iaitu tentang risiko iklim, negara ini diunjur mengalami peningkatan suhu purata seba­nyak 0.8 hingga 3.11 darjah Celsius menjelang era 2090-an.

Sehubungan itu, Damien Tha­nam berkata, pihaknya ti­dak membantah pembangunan na­mun sebagai sebuah negara yang mempunyai pesisiran pan­tai sangat panjang, kerajaan se­harusnya memastikan tiada pe­nambakan dibuat.

“Ini kerana di era pemanasan global, perubahan iklim dan kita memang di ambang paras air laut naik. Semua aktiviti-aktiviti dibuat sekarang iaitu sama ada mendalamkan laut atau penambakan serta sebagainya tidak ber­guna.

“Sebabnya adalah kenaikan paras laut akan memusnahkan kembali kawasan-kawasan akti­viti itu yang dahulunya sudah memusnahkan habitat dan akuatik di kawasan persekitaran,” katanya.

“PEKA faham kerajaan tidak boleh menghalang pembangunan tetapi perlu pastikan kajian kesan dibuat oleh pihak terlibat seperti kajian hydrodynamic modelling yang teliti kerana ia akan memberi gambaran dan ramalan kawasan-kawasan akan atau dalam risiko musnah,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Kanan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. Mageswari berkata, kerajaan perlu membaik pulih hutan persisiran pantai nak menanam semula pokok bakau di kawasan yang mustahak sebagai pertahanan pantai semula jadi.

“Pada pendapat kami ekosistem semulajadi seperti kawasan paya laut, tanah lembap pantai dan hutan bakau adalah barisan pertama pertahanan terhadap ombak dan ribut. Di mana hutan pinggiran pantai atau hutan paya laut dibersihkan (ditebang), masalah hakisan meningkat.

“Hutan bakau merupakan pilihan semulajadi yang penting bagi melindungi pinggir pantai, dan juga langkah ke arah mengurangkan pemanasan bumi berikutan kapasitinya yang tinggi untuk menyerap karbon daripada atmosfera serta menyimpannya di dalam substrat tanah lembap. Jadi apa yang penting adalah untuk melindungi, memulihara kawasan bakau sedia ada dan membaikpulih hutan bakau serta persisiran pantai terosot.

“Pihak berkuasa juga perlu mengkaji kenapa berlaku hakisan. Ada sesetengah kes di mana hakisan berlaku kerana penebusgunaan (tambakan) di kawasan berhampiran. Sekiranya penambakan tidak dihentikan, maka hakisan tentu akan berlaku,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini