Rumah terbuka: Pengusaha katering tak menang tangan

Rumah terbuka: Pengusaha katering tak menang tangan

PENGUSAHA katering antara yang paling sibuk menerima tempahan rumah terbuka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seorang pengusaha katering melakukan kelainan dengan menyediakan tempat di kafenya di bawah jejantas Batas Liku, di sini yang bersuasanakan kampung bagi tempahan penganjuran rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pemilik The Bunker Cafe, Hasmiza Hashim, 40, berkata, setakat ini tempahan yang diterimanya sangat memberangsangkan bermula dari hari raya ketiga sehingga 20 Syawal ini.

Katanya, sebanyak 15 menu disediakan antaranya lemang, ketupat, nasi himpit, lontong, nasi arab, nasi beriani dan kambing golek.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pakej yang ditawarkan pula serendah RM10 sehingga RM30 sekepala. Menjelang Aidilfitri ini, tempahan yang diterima sangat memberangsangkan.

“Tempahan yang diterima bermula sejak pertengahan Ramadan lagi dengan Aidilfitri kali ini dilihat sangat meriah dengan sambutan rumah terbuka,” katanya semalam.

Menurut Hasmiza, dia menyediakan kemudahan di kafe yang selesa untuk sambutan rumah terbuka berkenaan dengan para pengunjung bakal menikmati suasana kampung sambil menikmati pelbagai juadah makanan.

“Kita mempunyai ruangan parkir yang luas selain terdapat ruang untuk kanak-kanak bermain. Dekorasi yang disediakan di kafe berkenaan juga mempunyai ciri-ciri tradisional dan moden,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×