Guna duit sumbangan hospital sambut Aidilfitri

Guna duit sumbangan hospital sambut Aidilfitri

ZAWARI Abdullah (kanan) menyampaikan sumbangan zakat kepada asnaf di Majlis Penyampaian Sumbangan KPJ, Kota Bharu, Kelantan, semalam.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sumbangan kewangan daripada Hospital Pakar KPJ Perdana membawa erti sangat besar kepada seorang pelajar, Nor Farah Aina Mat, 15, kerana membolehkannya membeli pakaian baharu bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pelajar dari Pertubuhan Kebajikan Darul Al Kautsar, Demit, Kubang Kerian itu berkata, sudah lama dia mengimpikan memakai baju baharu pada Aidilfitri namun terpaksa ditangguhkan akibat masalah kesempitan hidup yang dialami keluarganya.

“Pendapatan ibu mengambil upah menjahit pakaian tidak menentu. Pada masa sama, ibu terpaksa menjaga ayah yang menghidap penyakit tekanan darah rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ibu juga perlu menyara tiga lagi adik-beradik saya berusia antara lapan hingga 21 tahun,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Penyampaian Sumbangan Zakat Hospital Pakar KPJ Perdana di sini, semalam yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zawari Abdullah.

Seorang lagi penerima yang merupakan ibu tunggal, Siti Marysha Bustaman, 42, memberitahu, bantuan berbentuk wang tunai sedikit sebanyak meringankan bebannya untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, walaupun bekerja sebagai pembantu jururawat di sini, gaji yang diperoleh setiap bulan digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan keluarga.

“Saya tinggal bersama bapa berusia 70 tahun yang sakit tua dan anak perempuan berusia 11 tahun. Pada masa sama, saya perlu menyara adik kandung perempuan yang kematian suami serta dua anak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×