100 aduan kes gajah liar ceroboh kampung dalam tempoh setahun

100 aduan kes gajah liar ceroboh kampung dalam tempoh setahun

Gambar bertarikh 14 Januari lalu menunjukkan seekor gajah mencari makanan di kawasan penempatan Orang Asli di Pos Mendrop, Jalan Cameron Highlands-Gua Musang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menerima kira-kira 100 aduan setahun mengenai pencerobohan gajah dalam penempatan penduduk.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini sebanyak 47 aduan berkaitan isu gajah liar menceroboh masuk kebun dan kawasan penempatan penduduk di negeri ini.

Katanya, data itu direkodkan sejak Januari lalu juga melibatkan dua kes kecederaan akibat diserang mamalia berkenaan.

“Apabila kita terima aduan, kita akan pergi secepat mungkin ke lokasi untuk ambil tindakan di mana Unit Tindakan Gajah Negeri (UTG) akan halau atau pun membuat tangkapan.

“Aduan seperti ini bukan sahaja di Perak tetapi juga melibatkan kawasan lain, kadang-kadang kita akan panggil semua pasukan UTG untuk selesaikan masalah termasuk di Johor dan Kelantan,” katanya kepada pemberita dalam satu program di sini baru-baru ini.

Abdul Kadir memberitahu, laporan yang diterima Perhilitan berhubung kes kacau ganggu gajah liar di negeri ini bagaimanapun disifatkan dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan.

“Setiap tahun, Perhilitan Perak terima kira-kira 100 aduan, malah kita pernah terima 120 aduan pada tahun 2018. Aduan membabitkan gajah liar ini bukan sahaja di Perak, negeri lain pun sama.

“Cuma pesan saya, mana-mana pihak yang jumpa haiwan ini, jangan sesekali mengambil tindakan sendiri sebaliknya hubungi segera Perhilitan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×