Parlimen Tangga Batu bukan kerusi selamat PKR

Parlimen Tangga Batu bukan kerusi selamat PKR

MOHD RAFIQ dan RUSNAH ALUAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARISAN Nasional (BN) dijangka berpeluang merampas kembali Parlimen Tangga Batu yang terlepas daripada genggaman kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kerusi tersebut mula diper­tandingkan pada 2004 dengan menjadi kubu kuat BN sejak PRU11 hingga PRU13.

Ia dimenangi calon UMNO iaitu bekas Ketua Menteri Mela­ka, Datuk Seri Idris Haron (2004-2008), (2008-2013) dan bekas Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah (2013-2018).

Senario terkini berdasarkan kejayaan BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menyaksikan gabungan itu menang 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lantas menjadi suntikan semangat untuk memenanginya kembali.

Sekali lagi persai­ngan tiga penjuru dijangka berlaku pada PRU15 antara BN, PH dan Perikatan Nasional (PN) di kerusi itu.

Penyandang daripada PKR, Rusnah Aluai dijangka dicalonkan semula untuk mempertahan kerusi yang dimenanginya dengan majoriti besar 4,659 undi.

Hal ini berdasarkan keupa­yaanya memenangi posisi Ketua PKR Cabang Tangga Batu pada pemilihan parti tersebut, baru-baru ini.

Tidak terkecuali bekas Ah­li Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen juga antara pemimpin yang disebut-sebut bakal memba­wa cabaran PN, walaupun kerusi berkenaan secara tradisi­nya ditandingi calon Pas sejak PRU11.

Gerak kerja jentera pilihan raya Mohd. Rafiq dilihat aktif bergerak ke setiap pelosok Tangga Batu dengan pelbagai program diatur sejak tahun lalu hingga kini.

Bagi BN pula, dikatakan lima calon dinamakan UMNO Bahagian Tangga Batu kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk dinilai bagi memikul tanggungjawab meram­paskan kembali ke­rusi berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×