Shabudin akan terus bantu jentera PN - Utusan Malaysia

Shabudin akan terus bantu jentera PN

SHABUDIN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: “Saya masih ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan akan terlibat secara langsung dalam membantu parti termasuk Perikatan Nasional (PN) khususnya di Pulau Pinang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).”

Itu reaksi Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri, Datuk Shabudin Yahaya dan berkata, beliau sentiasa bersedia berkongsi pengalaman, nasihat atau sebarang kaedah yang diperlukan untuk menguatkan jentera parti.

“Yang penting ialah kita bersama jentera dan parti untuk terus ke depan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu sebelum ini mengumumkan tidak mempertahankan kerusi Parlimen Tasek Gelugor bagi memberi laluan kepada muka baharu selepas dua penggal memegang kerusi berkenaan atas tiket UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu pada PRU13 dan PRU14.

Mengenai calon penggantinya, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, perkara itu akan ditentukan oleh pimpinan pusat PN.

“Itu terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan pusat PN. Kita ada Ketua Bahagian Bersatu, cukup semua. akhirnya untuk mengenal pasti itu kita serah kepada pucuk pimpinan.

“Calon pilihan saya tak boleh beritahu. Tetapi, pucuk pimpinan pun sebenarnya sangat rapat dengan bahagian-bahagian. Biasanya yang akan mengesyorkan secara rasmi itu datang dari peringkat bahagian,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN