Bukit Gantang: PN pilih Syed Abu Hussin atau Idris?

Bukit Gantang: PN pilih Syed Abu Hussin atau Idris?

PERIKATAN Nasional dijangka berdepan kesukaran membuat pilihan bagi calon Parlimen Bukit Gantang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di antara penyandangnya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal atau Datuk Idris Ahmad. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANALISIS

PERIKATAN Nasional (PN) dijangka berdepan kesukaran membuat pilihan bagi calon Parlimen Bukit Gantang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di antara penyandangnya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal atau Datuk Idris Ahmad.

Kedua-dua mereka mempunyai kelebihan masing-masing sebagai anak tempatan dan mempunyai penyokong dan pengaruh yang kuat di kawasan itu.

Sekiranya PN membuat pilihan berdasarkan hierarki politik, Idris mempunyai kelebihan sebagai Naib Presiden Pas dan Ahli Majlis Syura Ulama Pas manakala Syed Abu Hussin ahli biasa dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Namun, sekiranya penentuan calon berdasarkan kajian di lapangan, Syed Abu Hussin mempunyai kelebihan.

SYED ABU HUSSIN

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu aktif di lapangan menjaga kebajikan rakyat menerusi program pelbagai bantuan termasuk kewangan, makanan seperti kotak makanan, pemberian ikan dan ayam percuma kepada penduduk di kawasan yang dikenakan kuarantin ketika Covid-19.

Beliau juga membantu menjelaskan bayaran yuran untuk sekolah-sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) bagi meringankan bebanan ibu bapa di Parlimen Bukit Gantang selain menyalurkan agihan sumba­ngan wang zakat perniagaan Yayasan Al Fasal untuk semua masjid dan surau, yang dilihat mampu memberi kelebihan kepada beliau.

Namun, dari segi jawatan dalam kerajaan pula, Idris tentunya mempunyai kelebihan kerana memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

IDRIS AHMAD

Dari segi jumlah ahli parti dan jentera kawasan pula, Pas mempunyai kelebihan berban­ding Bersatu.

Untuk rekod, Syed Abu Hussin menang Parlimen Bukit Gantang pada PRU14 atas tiket Barisan Nasional (BN) me­ngalahkan penyandangnya, Idris (Pas) dan Khadri Khalil (PKR) dengan majoriti 4,089 undi.

Rekod kemenangan itu pas­tinya menjadikan Syed Abu Hussin sebagai calon pilihan dan paling layak mewakili PN di Bukit Gantang.

Namun jika berlaku kon­flik pemilihan dua calon itu di Bukit Gantang, mungkinkah PN akan mengubah strategi dengan memberikan kerusi lain untuk Idris bertanding?

Ada cakap-cakap politik me­ngatakan Idris wajar bertanding di Parlimen Parit Buntar, yang disandang Naib Presiden Ama­nah, Datuk Seri Mujahid Yusof.

Relevannya Idris bertandi­ng di situ kerana beliau dilihat calon paling sesuai untuk memberikan saingan kepada Mujahid. Apatah lagi mereka sama-sama berjawatan naib presiden dalam parti selain Mujahid pernah memegang jawatan yang sama disandang Idris sekarang sebagai Menteri Agama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×