Benarkan tanam ganja, ketum

Benarkan tanam ganja, ketum

BERSEDIAKAH kerajaan untuk memikirkan mekanisme agar ganja yang halal di negara jiran di utara Semenanjung menjadi ubat di negara kita? – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU ganja dan ketum dibenarkan ditanam dan digunakan sebagai ubat untuk penyakit tertentu, rasanya boleh dipertimbangkan oleh pihak berkuasa. Namun, biarlah ia dibenarkan untuk pihak berkepentingan dan dikawal lesennya oleh kerajaan.

Kes seorang penyanyi dan komposer terkenal tanah air yang diberkas kerana menanam ganja untuk rawatan kendiri sewajarnya dipandang dari aspek pemulihan, bukannya ketagihan narkotik. Sewajarnya kes ganja yang diakui sebagai ubat alternatif untuk penyakit tertentu dikaji dan didokumentasikan.

Dewasa ini jika orang ramai ditangkap membeli dadah termasuk ganja di pasaran gelap, sudah pasti dijanjikan hukuman berat seperti penjara, rotan mahupun hukuman mati. Kita tidak perlu menjadi masyarakat yang bersifat punitive iaitu penghukum tetapi corrective atau membetulkan sesuatu kerosakan mahupun penyakit.

Jika zaman dahulu kala candu dan ganja boleh digunakan sebagai bahan hisapan kala senggang, kini ia boleh digunakan sebagai ubat untuk kebaikan pesakit tertentu.

Soalnya sekarang, adakah kerajaan bersedia untuk memikirkan mekanisme agar ganja mahupun ketum yang halal di negara jiran di utara Semenanjung menjadi ubat di negara kita?

Persoalan paling tegar, adakah jaminan ketum tidak akan terus diseludup ke seberang Sungai Golok dan ganja tidak akan dibawa secara sembunyi pada masa depan?

Fikirkan yang terbaik, adakah ganja dan ketum akan terus diharamkan sedangkan pada masa sama, ia bukan sahaja menjadi ubat secara rahsia malahan terus ditagih sehingga penagih tersebut bertaubat? – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×