Peniaga diberi tempoh sebulan kemas kini tanda harga dengan kadar GST sifar - Utusan Malaysia

Peniaga diberi tempoh sebulan kemas kini tanda harga dengan kadar GST sifar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Para peniaga diberi tempoh masa selama sebulan sehingga 30 Jun depan bagi mengemaskini tanda harga berdasarkan kadar Cukai Barangan dan Jualan (GST) pada kadar sifar peratus. 

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNKK Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata, pihaknya akan melakukan Ops Catut 4.0 secara besar-besaran di seluruh negeri bagi memastikan para peniaga mematuhi penetapan GST pada sifar peratus tersebut dilaksanakan. 

“Menjadi tanggungjawab peniaga untuk memastikan harga akhir yang dibayar di kaunter oleh pengguna adalah pada kadar GST sifar peratus. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, terdapat keluhan daripada peniaga yang terpaksa mengemaskini kesemua tanda harga barangan yang dijual dan KPDNKK memberi tempoh sebulan untuk mereka berbuat demikian,” katanya pada sidang akhbar selepas memeriksa sebuah kedai perkakasan di Jelapang di sini sebentar tadi. 

Tambah Shamsul Nizam, sekiranya terdapat peniaga yang ingkar, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini