2 bot bersama 27 kru warga Vietnam karga ditahan tangkap ikan guna pukat tunda ganding - Utusan Malaysia

2 bot bersama 27 kru warga Vietnam karga ditahan tangkap ikan guna pukat tunda ganding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 26 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua bot kargo kerana disyaki melakukan kegiatan menangkap ikan secara menggunakan pukat tunda ganding di perairan Miri di sini, petang semalam.

Beliau berkata, bot pertama yang menggunakan nombor pendaftaran One United 35 ditahan pada pukul 6.35 petang, diikuti sebuah lagi bot didaftar atas nama One United 25 selepas 20 minit kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua bot kargo itu ditahan pada jarak kira-kira 35 batu nautika dari muara Sungai Miri di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, lesen kedua-dua bot kargo itu sudah tamat tempoh.

Katanya, kesemua 27 kru warga Vietnam termasuk nakhoda berumur 18 hingga 48 tahun ditahan bersama bot tersebut ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Pulau Melayu untuk tindakan lanjut.

Turut dirampas, katanya, hasil tangkapan ikan seberat 10,000 kilogram dengan nilai pasaran RM100,000.

“Kedua-dua bot kargo ini disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/1960,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini