KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah pusat arahan yang canggih bertujuan menyelaras semua bentuk saluran bantuan semasa berlaku sesuatu bencana, kata Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pusat berkenaan akan dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
“Kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi semua kemungkinan. Untuk maju ke hadapan, saya berharap dapat melihat NADMA mengetuai pengurusan bencana dengan mempunyai pusat arahan yang canggih,” kata beliau pada persidangan akhbar hari ini.
Terdahulu, Dr. Wan Azizah menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Mesyuarat Berkaitan ke-32 yang dihadiri 84 wakil dari negara-negara anggota ASEAN dan beberapa pertubuhan dari Australia, Kanada, China dan New Zealand.
Beliau memberitahu, pemberita perkara itu masih dalam cadangan. – Bernama










