Equanimity dikawal ketat 24 jam - Utusan Malaysia

Equanimity dikawal ketat 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM 12 Ogos – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, satu mesyuarat khas bagi mengkoordinasi kawalan keselamatan kapal mewah Equanimity telah dibuat melibatkan pelbagai agensi.

Beliau berkata, ia melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Hutan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen dan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Beliau berkata, kawalan ketat dibuat dan diselaraskan selama 24 jam dengan 18 krew bertugas di dalam kapal tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semalam saya pun ada berada di situ, Tun Mahathir sudah buat keputusan bahawa tidak dibenarkan mana-mana pihak untuk melawat kapal tersebut kerana ia adalah ekshibit yang telah dirampas.

“Jadi, kalau ada cacat cela dan sebagainya dan kalau ada orang awam nanti, ia akan menjejaskan, susut nilai kepada kapal berkenaan selain isu-isu keselamatan juga perlu diberi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis perbarisan tamat latihan dan penyampaian sijil perlantikan pegawai Kor Suksis universiti awam kali ke-14 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Tajuddin Md Isa; Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dan Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×