Messi akan bergelut jika bersama United - Scholes - Utusan Malaysia

Messi akan bergelut jika bersama United – Scholes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Okt. – Paul Scholes merasakan Manchester United memerlukan pemain berkualiti seperti Eden Hazard dan Kevin De Bruyne untuk menjadikan mereka sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, dia memberitahu, Lionel Messi juga akan berdepan masalah sekiranya bersama pasukan itu ketika ini.

United menampilkan aksi memalukan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dengan pasukan kendalian Jose Mourinho hanya meraih 10 mata daripada tujuh perlawanan pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejayaan menundukkan Newcastle United dilihat menjadi punca kebangkitan semula kempen musim ini buat United tetapi Scholes sama sekali tidak percaya pasukan itu mampu mencabar kejuaraan musim ini.

Scholes melihat gandingan David Silva dan De Bruyne serta Hazard selaku penjaring terbanyak sebagai penanda aras musim ini tetapi mengakui bahawa tidak yang pasti dalam saingan liga itu.

“Saya melihat pasukan semasa dan tidak rasa mereka kurang dari segi kualiti.

“Saya merasakan mereka terlepas beberapa pemain bertaraf dunia yang dimiliki pasukan lain.

“Saya melihat De Bruyne, Hazard atau David Silva pemain yang menghubungkan tengah dan bahagian serangan.

“Tetapi sesiapa sahaja pemain yang datang menyertai pasukan ini akan bergelut. Saya rasa kami mampu dapatkan Lionel Messi ketika ini dan dia juga akan bergelut dalam pasukan ini,” kata Scholes yang pernah menjulang 11 trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Red Devils.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×