Rundingan bersama pelbagai pihak bukan jual agama - Utusan Malaysia

Rundingan bersama pelbagai pihak bukan jual agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR-  Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, pendekatan beliau untuk mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak  bukan satu tindakan ‘menjual’ agama. 

Katanya, rundingan oleh pihaknya adalah sebahagian daripada konsep Rahmatan Lil Alamin yang dibawanya pentadbirannya dalam era Malaysia baharu. 

“Ini bahaya radikalisme yang mengiyakan apa sahaja atas nama Melayu dan Islam seolah-olah kalau kita  kalau berbaik dengan orang bukan Islam, ia akan merugikan Islam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah mentaliti terperangkap dan saya datang untuk membebaskan minda tersebut,” katanya di Kompleks Perdana siswa, Universiti Malaya (UM) di sini semalam. 

Terdahulu, beliau hadir pada program Dialog Menteri Rahmatan Lil Alamin di Malaysia bersama mahasiswa UM. 

Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap sesetengah pihak yang menganggap rundingan beliau sebagai membuka ruang kepada golongan liberal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini