Kempen Anwar masuk gear baharu - Utusan Malaysia

Kempen Anwar masuk gear baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 10 Okt. – Kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pilihan Raya Kecil (PRK) semakin agresif dengan dibantu barisan kepemimpinan DAP.

Malam ini ketika berkempen di Lukut Anwar berganding bahu dengan ahli politik veteran Lim Kit Siang.

Selain itu Nga Kor Ming dan Gobin Singh Deo turut sama berkempen di Lukut yang majoriti adalah pengundi Cina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Melihat kepada kehadiran orang ramai, Anwar tidak ada masalah untuk mendapat sokongan kaum Cina yang menganggap beliau sebagai “sahabat”.

Tempoh berkempen berbaki kira-kira dua hari sebelum pengundian pada 13 Oktober ini, kempen Anwar semakin rancak, ketika pencabarnya sudah kekeringan modal serta kudrat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini