Astro, Maxis sumbang RM5j bantu mangsa Sulawesi - Utusan Malaysia

Astro, Maxis sumbang RM5j bantu mangsa Sulawesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dan Maxis Berhad (Maxis) melancarkan kempen bagi mengisi Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi.

Astro dan Maxis dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, dua syarikat komunikasi itu turut berbesar hati menyalurkan sumbangan bersama sebanyak RM5 juta kepada tabung berkenaan.

“Sumbangan bersama daripada Astro dan Maxis bertujuan membantu usaha pemulihan Sulawesi, khususnya membangunkan semula sekolah dan komuniti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Astro dan Maxis sentiasa menyokong kepentingan pendidikan dalam menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan pembangunan komuniti yang mapan,” katanya di sini, hari ini.

Selain itu, jelas kenyataan tersebut, Astro juga akan menggunakan waktu siaran televisyen, radio dan digital serta bakatnya untuk berkempen bagi meningkatkan kesedaran serta menggalakkan rakyat Malaysia membantu mangsa di Sulawesi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung tersebut boleh layari www.maxis.com.my, www.hotlink.com.my atau www.astro.com.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini