Jakess anjur kursus pemulihan rekod - Utusan Malaysia

Jakess anjur kursus pemulihan rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Menyedari kepentingan memelihara dan memulihkan rekod kerajaan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) menganjurkan Kursus Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana yang berakhir hari ini.

Unit Komunikasi Korporat Jakess dalam satu kenyataan memaklumkan, kursus dua hari bermula 8 Oktober itu turut mendapat bimbingan Zamzurizaid Yazed selaku fasilitator daripada Arkib Negara Malaysia.

Kata kenyataan itu, tujuan lain kursus berkenaan adalah bagi memberi kefahaman tentang keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan rekod-rekod kerajaan selaras dengan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeliharaan dan pemuliharaan rekod penting bagi melindungi rekod daripada sebarang kemusnahan seperti akibat banjir, kebakaran, tanah runtuh, serangan makhluk perosak, vandalisme, faktor kimia dan sebagainya.

“Dalam kursus tersebut, peserta turut didedahkan dengan teknik pengeringan yang digunakan iaitu sidai, helaian dan haba bagi menyelamatkan rekod,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini