Polis Terengganu terima laporan - Utusan Malaysia

Polis Terengganu terima laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 10 Okt. – Polis Terengganu mengesahkan menerima laporan yang dibuat Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) negeri bagi menyiasat pemindahan wang daripada UMNO kepada Pas susulan penyebaran salinan transaksi itu yang dikatakan tular ketika ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, laporan itu dikemukakan Pengarah Komunikasinya, Muammar Qaddafi Mohd. Nasir di Balai Polis Sungai Tong, Setiu pada Ahad lalu.

Menurutnya, siasatan tersebut akan dijalankan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengadu hanya ingin memastikan bahawa wang tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kes ini telah dirujuk kepada Dang Wangi repot: 33498/2014 dan siasatan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kerana berkaitan dengan kes 1MDB,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muammar Qaddafi hari ini mendesak siasatan segera berhubung penyebaran salinan transaksi pemindahan wang RM1.5 juta daripada pegawai khas Bendahari UMNO kepada Tabung Pembangunan Jawatankuasa Jabatan Pembangunan Pas Pusat (JPP) dan RM1 juta kepada Shukrimun Shamsudin serta dua penama.

Ujarnya, siasatan terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti sumber dana berkenaan yang dibimbangi adalah wang 1MDB yang diselewengkan.

Tambahnya, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sudah dibuat untuk siasatan lanjut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini