Kejohanan SOCJ: Malaysia tewas lagi - Utusan Malaysia

Kejohanan SOCJ: Malaysia tewas lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Okt. – Skuad hoki remaja negara mencatat kekalahan ketiga dalam empat perlawanan dalam kempen Piala Sultan Johor, setelah tewas 1-5 di tangan Great Britain di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam ini.

Great Britain membuka tirai jaringan menerusi gol padang Daniel West pada minit ke-6, sebelum Malaysia menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Ishak yang menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-11.

Serangan bertali arus Great Britain membuahkan hasil dengan empat tambahan gol menerusi gol padang James Oates pada minit ke-13, Duncan Scott (minit ke-26), Thomas Russell (minit ke-39) dan Cameron Golden (minit ke-45).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, dalam tiga perlawanan terdahulu, Malaysia mencatat keputusan tewas dua kali manakala seri sekali.

Perlawanan pertama menyaksikan Malaysia tewas 1-2 kepada India, perlawanan kedua tewas kepada Australia 1-6 manakala perlawanan ketiga seri 5-5 dengan New Zealand. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini