Bonus RM15,000 seorang menanti pasukan Perak jika mara ke final Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Bonus RM15,000 seorang menanti pasukan Perak jika mara ke final Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan negeri Perak mengumumkan akan memberikan insentif sebanyak RM15,000 seorang kepada setiap pemain pasukan bola sepak negeri itu sekiranya berjaya melangkah ke peringkat akhir saingan Piala Malaysia 2018.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, insentif tersebut diumumkan bagi menaikkan lagi semangat para pemain bagi menghadapi perlawanan separuh akhir yang dijalankan secara timbal balik antara Perak dan Sabah pada Ahad ini serta 21 Oktober depan. 

“Kerajaan negeri sangat berpuas hati dengan peningkatan prestasi pasukan bola sepak sehingga berjaya melangkah ke separuh akhir. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh sebab itu, saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM15,000 seorang kepada setiap pemain sekiranya kita berjaya memasuki perlawanan akhir nanti,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Jamuan Tengah Hari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) bersama Menteri Besar Perak di Kelab Golf Diraja Perak di sini hari ini. 

Turut hadir, Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Howard Lee Chuan How. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini