GSC tayang lapan filem seram sempena pesta Halloween Oktober ini - Utusan Malaysia

GSC tayang lapan filem seram sempena pesta Halloween Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sempena Halloween tahun ini, syarikat pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC) menayangkan lapan buah filem seram sepanjang kempen Screens of Terror Oktober ini.

Menurut GSC, kempen tersebut diadakan bagi menyemarakkan lagi pesta berkenaan terutama bagi mereka yang gemar menonton filem seram.

“Lapan filem itu ialah The Haunting Hour (hari ini), Beddua (4 Oktober), The School (11 Oktober), Mandy (11 Oktober), Malicious (18 Oktober), Sabrina (18 Oktober), Goosebumps2 (25 Oktober) dan Halloween (25 Oktober).

“Selain itu, setiap Khamis dan Sabtu bagi tayangan selepas pukul 8 malam (pawagam terpilih) para pelanggan boleh mendapatkan gula-gula daripada kakitangan GSC yang berpakaian seperti ahli sihir.

GSC memberitahu, orang ramai juga boleh menyertai pertandingan ‘Spookiest Instagram’ dengan memuatnaik gambar seram paling kreatif.

Katanya, peminat filem seram tidak seharusnya melepaskan peluang ini untuk menonton filem kegemaran mereka.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.gsc.com.my atau Facebook www.facebook.com/GSCCinemas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×