Pengguna LRT laluan Kelana Jaya terkandas lagi pagi ini - Utusan Malaysia

Pengguna LRT laluan Kelana Jaya terkandas lagi pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Warga kota yang menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya sekali lagi mengalami gangguan perkhidmatan apabila sebuah tren mengalami masalah teknikal semasa berada antara stesen Kerinchi dan stesen Universiti pada pukul 8 pagi ini.

Bagaimanapun, gangguan perkhidmatan itu yang merupakan kali kedua selepas kejadian pertama pada Selasa lepas berjaya diatasi dengan kadar segera dan perkhidmatan kembali pulih pada pukul 8.22 pagi.

Tren yang mengalami kerosakan itu meneruskan perjalanan dengan perlahan menghala ke Putra Heights dengan kesemua penumpang diarah turun di stesen Kelana Jaya untuk bertukar tren dan meneruskan perjalanan.     

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Operasi Laluan LRT Kelana Jaya, Ismail Abdullah mengesahkan perkhidmatan di laluan itu terjejas disebabkan gangguan teknikal pada sebuah tren di antara stesen Kerinchi dan Universiti pada pukul 7.56 pagi.

“Terdapat masalah pada tiga komponen daya tujahan tren menyebabkan gangguan itu namun kakitangan kami telah menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh 22 minit. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini