Anjung tinjau pesawat pertama akan dibina di KLIA - Utusan Malaysia

Anjung tinjau pesawat pertama akan dibina di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan membina anjung tinjau pesawat pertamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha mengubah lapangan terbang itu dan persekitarannya menjadi destinasi menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, pembinaan anjung dinamakan Anjung Spotter itu dijadualkan bermula bulan ini dan dijangka siap bulan depan.

Menurutnya, anjung tinjau itu akan dibina di luar perimeter lapangan terbang, bersebelahan satu daripada tiga landasan KLIA.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari Anjung Spotter, orang ramai akan dapat menikmati pemandangan saat-saat pesawat berlepas dan mendarat di landasan.
 
“Planespotter (pengesan pesawat) serta penggemar penerbangan pastinya teruja kerana mereka kini mempunyai tempat terbaik untuk melihat pesawat tiba di Runway 32L sekali gus membolehkan mereka mengambil gambar menarik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raja Azmi berkata, anjung tinjau pesawat itu merupakan simbol komitmen syarikat dalam meningkatkan pengalaman di lapangan terbang.

Katanya, Anjung Spotter juga akan dijadikan tarikan pelancong yang harus dikunjungi pelawat di KLIA.

“Pada masa ini terdapat ramai pengesan pesawat yang datang ke negara ini untuk berjumpa rakan-rakan yang memiliki minat sama sebelum ke lapangan terbang bagi merakam gambar.

“Anjung Spotter akan pasti menjadi lokasi Instaworthy atau gambar menarik untuk dikongsikan dalam laman Instagram,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini