Mayat wanita sudah reput ditemui terapung dalam sungai - Utusan Malaysia

Mayat wanita sudah reput ditemui terapung dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Mayat seorang wanita dipercayai dibunuh sebelum dibuang ditemui terapung di dalam sebuab sungai di Kampung Parit Haji Hashim, Simpang Renggam di sini petang hari ini.

Mayat wanita dewasa tanpa identiti itu ditemui pada pukul 2.15 petang oleh orang awam dalam keadaan mengiring dan sudah mereput di tebing sungai tersebut.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abdul Ismail berkata, setelah mayat tersebut dibawa keluar dari sungai oleh pihak bomba, Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai sudah meninggal dunia antara tiga ke empat hari selain umur serta bangsa tidak dapat dikenal pasti.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat dua lilitan kain yang digunakan untuk menjerut leher si mati dan terdapat kesan plastik terbakar melekat pada seluar jeans biru dan baju berwarna coklat yang dipakai oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataa di sini hari ini.

Mohd. Abduh berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada badan mayat tersebut serta keadaan mayat dalam proses mereput.

Jelasnya, mayat dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

“Pakar Patologi Forensik telah dihubungi dan dimaklumkan akan menjalankan bedah siasat esok.

“Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes ini Asisten Superintendan K. Karthiggaibalan di talian 019-577 7221 untuk proses pengecaman mayat,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×