Isu makanan fokus debat kedua? - Utusan Malaysia

Isu makanan fokus debat kedua?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 15 Feb. – Penganalisis politik Universiti Al Azhar Indonesia (UAI), Ujang Komarudin percaya, isu makanan berkemungkinan akan menjadi topik utama dalam debat kedua Pilihan Raya Presiden (Pilpres), Ahad ini.

Portal Okezone yang memetik Ujang sebagai berkata, isu tersebut dianggap sebagai satu daripada ‘bahan’ kubu pembangkang untuk menyerang penyandang jawatan presiden.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai debat kedua yang mengangkat tema tenaga, makanan, infrastruktur, sumber alam semula jadi dan alam sekitar.

“Isu makanan adalah menarik kerana selama ini pembangkang sering menyerang penyandang jawatan dengan isu makanan sebagai contoh berkaitan dengan import makanan,” kata Ujang, semalam.

Ujang berkata, setiap negara mesti menjalankan aktiviti import dan dalam konteks makanan, import adalah dibenarkan bagi mengekalkan harga barangan kerana ia merupakan gambaran untuk menilai kestabilan sesebuah negara.

“Harga makanan perlu ditetapkan oleh negara. Negara perlu mainkan peranan.

“Kerajaan juga perlu menge­tatkan undang-undang agar harga makanan stabil dan tidak dimanipulasikan oleh ‘penya­ngak’ makanan,” ujarnya.

Dari aspek lain, Ujang berkata, isu keselamatan makanan juga akan menjadi topik penting dalam debat terbabit kerana ia merupakan petunjuk utama kejayaan Indonesia ke atas negara lain.

Ujang juga meramalkan gandingan calon Presiden nombor 01 iaitu Jokowi-Ma’ruf bakal menang dalam debat terbabit kerana Jokowi merupakan sebahagian daripada dasar yang merangkumi tema debat itu.

“Berkemungkinan Jokowi akan unggul dalam debat itu. Ini kerana beliau sudah melaksanakan polisi yang berkaitan de­ngan isu yang akan dibahaskan,” jelas Ujang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×