KUALA LUMPUR 15 Feb. – Malaysian Relief Agency (MRA) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi memperkukuh kerjasama jangka masa panjang kedua-dua pihak dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Majlis memeterai MoU di Sukmaria, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras itu diwakili oleh Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman manakala bagi pihak UKM pula ialah Pro Naib Canselor UKM Kampus Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal.
Mohd. Daud berkata, menerusi kerjasama itu, ia dapat melahirkan lebih ramai modan insan graduan yang lebih dinamik dan berkemahiran dalam melaksanakan program kesukarelawan dan bantuan kemanusiaan.
Berita berkaitan:
“Kerjasama UKM bersama MRA terjalin sejak 2015 dalam menjalankan program dan aktiviti kemasyarakatan dan latihan kesukarelawan bersama beberapa kakitangan dan pelajar dari pelbagai fakulti di UKM.
“Ini dapat dibuktikan menerusi program seperti bantuan perubatan pasca bencana banjir di Terengganu, program kesihatan komuniti pelarian Rohingya dan program latihan kemanusiaan Fakulti Farmasi,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut Mohd. Daud, pihaknya merancang untuk mengadakan aktiviti pertama dengan kolaborasi UKM iaitu program outreach pelajar prasiswazah UKM bersama orang asli di perkampungan orang asli di daerah Ulu Slim, Perak. – UTUSAN ONLINE











