100,000 bekas UMNO Sabah bakal sertai Bersatu - Utusan Malaysia

100,000 bekas UMNO Sabah bakal sertai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kira-kira 100,000 bekas ahli di UMNO Sabah bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas parti yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membuat keputusan masuk ke negeri tersebut.

Jumlah itu termasuklah lima Ahli Parlimen dan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan keluar UMNO pada Disember 2018.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, jumlah 100,000 itu datang daripada 25 kawasan Parlimen di Sabah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Borang telah dihantar untuk pertimbangan. Termasuklah lima Ahli Parlimen, lapan ADUN dan dua Senator. Kami alu-alukan keputusan tersebut (Bersatu masuk ke Sabah),” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Lima bekas Ahli Parlimen UMNO itu ialah Ronald (Beluran), Datuk Abd. Rahim Bakri (Kudat), Datuk Azizah Mohd. Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Mohd. Edris (Libaran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×