NEW YORK 15 Feb. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memerlukan dana berjumlah AS$920 juta (RM3.8 juta) tahun ini untuk membantu lebih 900,000 pelarian Rohingya yang tinggal di kem-kem pelarian di Bangladesh.
Al Jazeera melaporkan, lebih separuh daripada dana tersebut diperlukan untuk memenuhi bantuan asas kritikal seperti bekaln air bersih, makanan, kebersihan dan tempat perlindungan.
dana itu juga akan digunakan untuk membantu sekurang-kurangnya 330,000 penduduk bangladesh yang hidup miskin di kawasan terpinggir. – AGENSI










