Malaysia Masters: V Shem-Wee Kiong tewas di separuh akhir - Utusan Malaysia

Malaysia Masters: V Shem-Wee Kiong tewas di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal dalam misi memburu gelaran kedua sebagai pemain profesional selepas Thailand Masters minggu lalu apabila tewas dalam aksi separuh akhir Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu terpaksa akur apabila tewas di tangan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia, 18-21, 22-24, dalam pertarungan 37 minit itu.

Bekas pasangan nombor satu dunia itu mengambil keputusan untuk bergelar profesional selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 5 Januari lalu.

Dalam pada itu, Wee Kiong menyifatkan gandingan Indonesia itu mempunyai kelebihan dalam aspek ketangkasan selain mempunyai taktikal permainan baik yang sukar diatasi.

“Dalam perlawanan pantas, mereka menampilkan aksi yang baik serta teknik pukulan agak mengelirukan,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×