KUANTAN – Skuad Tok Gajah akan menguji seorang lagi penyerang import bagi mengisi kouta dua pemain yang masih kosong.
Pemain dari Brazil, Jose Eduardo atau lebih dikenali sebagai Ze Love telah tiba di sini semalam dan beliau turut memuat naik sekeping gambar bersama ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh di Insta Story akaun Instagramnya hari ini.
Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, Ze Love yang pernah berganding bersama penyerang sensasi Brazil, Neymar Jr akan diuji terlebih dahulu sebelum menyarung jersi Pahang musim ini.
“Ze Love pernah beraksi bersama Neymar Jr ketika menyertai pasukan Santos pada 2010 dan 2011,” katanya kepada Kosmo! Online – K! ONLINE










