Dua ditahan, 4,960 karton rokok seludup - Utusan Malaysia

Dua ditahan, 4,960 karton rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Jan.- Polis menahan dua lelaki warga tempatan di sekitar kawasan Puchong, Selangor pada Isnin lalu selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti sindiket pengedaran rokok seludup.

Kedua-dua suspek berusia 33 dan 43 tahun itu ditahan dalam satu operasi khas iaitu Op Asap hasil risikan dan maklumat awam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil penahanan itu, sebanyak 4,960 karton rokok seludup telah dirampas bersama dua buah lori dan sebuah kereta bernilai RM411,360.

“Kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur jenayah dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×