Robertson bersama Liverpool hingga 2024 - Utusan Malaysia

Robertson bersama Liverpool hingga 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Jan. – Selepas Roberto Firmino, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Joe Gomez kini giliran Andy Robertson menandatangani kontrak baharu bersama Liverpool sehingga 2024.

Kapten Scotland itu adalah antara tonggak skuad Liverpool yang ketika ini berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

“Ia kontrak yang mudah bagi saya dan saya pasti untuk kelab juga.

“Kami mencapai persetujuan dengan cepat sekali kerana saya mahu kekal di sini begitu juga kelab dan apabila mereka memberikan saya tawaran sukar untuk saya tidak menandatanganinya,” kata Robertson.

Misi utama Liverpool dalam kempen musim ini adalah untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris buat kali pertama selepas musim 1989-90. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×