Ozil perlu konsisten - Utusan Malaysia

Ozil perlu konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Jan. – Penyerang Arsenal, Mesut Ozil harus memanfaatkan segala peluang yang diberikan andai mahu disenarai dalam kesebelasan utama.

Itu tegas pengurus Arsenal, Unai Emery yang mahu melihat aksi konsisten pemain dari Jerman itu pada bulan ini.

“Saya bercakap dengan dia kerana saya mahukan konsistensi dalam aksinya.

“Saya sedar dia mengalami kecederaan yang bermakna ada kalanya dia ‘ok’ dan tidak ‘ok’.

“Dalam pasukan saya mahu setiap pemain memberikan komitmen sama setiap hari untuk sentiasa ‘ok’ setiap perlawanan.

“Dia tidak beraksi dalam perlawanan terakhir tetapi bagi saya dia sama sahaja dengan pemain lain dan untuk esok dia boleh bersama kami jika dia ‘ok’,” kata Emery.

Pada minggu lalu, Ozil tidak tersenarai ketika Arsenal tewas 1-0 kepada West Ham walaupun pemain itu telah menjalani latihan penuh selepas kembali pulih daripada kecederaan lutut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×