Lelaki cedera cuba bakar diri - Utusan Malaysia

Lelaki cedera cuba bakar diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 30 Mei – Seorang perunding perkahwinan dipercayai cuba membunuh diri dengan membakar dirinya dalam sebuah kenderaan di Kampung Tok Has dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengahari itu mangsa yang berumur 37 tahun dari Kota Bharu, Kelantan dipercayai berbuat demikian dalam kenderaan berhampiran tapak pasar malam Kampung Tok Has, dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zamri Mohd. Rawi berkata, kejadian dilaporkan oleh orang awam kepada DCC yang menyatakan ada satu kejadian kereta terbakar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) dan anggota Balai Polis Jerteh telah ke tempat kejadian dan mendapati sebuah kereta jenis Perodua Persona ada kesan terbakar pada tempat duduk pemandu.

Semasa tiba didapati anggota Bomba dan Penyelamat telah berada di tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran dan membantu mengeluarkan mangsa.

Menurutnya, mangsa seorang lelaki Melayu yang mengalami kecederaan di kepala telah dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat rawatan lanjut.

Hasil siasatan sebotol air mineral yang berisi minyak petrol dijumpai di tempat duduk penumpang hadapan kereta tersebut.

Punca kejadian sebenar masih dalam siasatan dan dari keterangan fizikal yang ada termasuk bumbung kawasan tempat duduk pemandu, mangsa dipercayai cuba membakar diri sendiri.

Siasatan susulan masih diteruskan oleh pihak forensik Bomba dan Penyelamat pada kereta yang dinaiki mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini