HIJABISTA di luar sana pasti pernah berhadapan dengan kebimbangan masalah kelemumur, bau rambut kurang menyenangkan dan rambut kusut.
Menyedari itu, produk penjagaan rambut terkemuka, Rejoice memperkenalkan koleksi syampu dan perapi baharu, Hijab Perfection Series yang didatangkan dengan formula tiga dalam satu dan diyakini mampu mengatasi masalah rambut wanita berhijab.
Produk terbaharu itu menyelesaikan masalah utama wanita berhijab termasuk kelemumur yang berpunca daripada kulit kepala bertutup dalam tempoh lama.
Selain itu, formula tiga dalam satu syampu itu juga mengandungi mentol yang memberikan kedinginan pada kulit kepala selepas mencucinya selain campuran haruman bunga kasturi membantu menghilangkan bau kurang menyenangkan yang terhasil akibat mengenakan hijab ketika rambut basah.
Produk itu juga membantu membaik pulih masalah rambut kusut menjadi lebih mudah diurus walaupun perlu disanggul lebih lapan jam sehari dalam tudung.
Menurut Pengarah Komersial Penjagaan Kecantikan P&G Malaysia, Sahil Sethi, Rejoice sentiasa menjadi penanda aras untuk wanita mendapatkan rambut yang sempurna.
“Sempena Ramadan ini, kami melancarkan Hijab Perfection Series yang membantu menangani masalah kelemumur, bau kulit kepala kurang menyenangkan dan meluruskan rambut kusut dalam satu langkah,” katanya kepada Mega Rona.
Dalam pada itu, pelakon popular tanah air, Elfira Loy melahirkan perasaan gembira kerana sekali lagi diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan Rejoice.
Rejoice Hijab Perfection Series boleh didapati dalam dua siri iaitu Perfect Cool dan Perfect Perfume.
Produk itu boleh didapati di semua rangkaian pasar raya besar Mydin dan kedai runcit utama di seluruh Malaysia.










