Pelumba TSG catat keputusan podium di Jepun - Utusan Malaysia

Pelumba TSG catat keputusan podium di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 24 Mei – Selepas mengharungi enam peringkat saingan ‘Fujian Tour of Japan’, pelumba Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Metkel Eyob berjaya meraih kedudukan podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua, hari ini.

Pada perlumbaan peringkat keenam itu, Metkel yang berpengalaman luas dalam saingan berbentuk jelajah mengambil masa selama satu jam 22 minit 52 saat untuk menamatkan perlumbaan sejauh 36 kilometer dan pendakian setinggi 2,000 meter di belakang pelumba pasukan BridgeLane, Chris Harper dari Australia.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, selain Metkel lima pelumba TSG yang turut membawa cabaran pada perlumbaan itu ialah Muhammad Afiq Huznie Othman, Goh Choon Huat, Youcef Reguigui, Drew Morey dan Artem Ovechkin yang pernah memenangi jersi kuning Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas perlumbaan peringkat keenam, Metkel melonjak ke kedudukan ketiga kategori individu keseluruhan. Kita harap dia dapat mengekalkan momentum seperti hari ini bagi memperbaiki kedudukan dalam baki dua perlumbaan yang akan berlangsung esok dan lusa (Ahad),” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini