Sewa tapak bazar cecah RM13,000 seunit - Utusan Malaysia

Sewa tapak bazar cecah RM13,000 seunit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Kadar sewa tapak Bazar Masjid India yang biasanya disewakan kepada pihak ketiga pada harga RM5,000 dinaikkan kepada RM13,000 pada bulan puasa.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, walaupun harga sewa seunit bazar melonjak berlipat kali ganda, permintaan tetap tinggi termasuk daripada warga asing.

Nor Hisham berkata, tindakan penyewa meraih keuntungan ‘atas angin’ melalui sewaan kepada pihak ketiga walaupun tidak dibenarkan berbuat demikian masih berlaku dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan siasatan, mengenal pasti dan akan mengambil tindakan tata tertib terhadap peniaga yang melakukan kesalahan itu.

“Ramai juga dalam kalangan mereka yang menyewakan gerai kepada orang lain untuk dapat keuntungan atas angin. Tidak mengapa, kita tunggu lepas raya baru tindakan diambil.

“Biarlah mereka beraya dulu, lepas raya saya akan panggil peniaga yang ada lesen untuk berbincang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri Komuniti 2019 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini