Ringgit dibuka tinggi - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila harga minyak dunia melonjak semalaman dan juga disokong oleh peningkatan harga komoditi.

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.1700/1730 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1730/1760 semalam.

Harga minyak meningkat berikutan ketegangan yang tercetus antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berhubung sekatan ekonomi, perdagangan dan ketenteraan, kata seorang peniaga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Situasi itu berpotensi untuk terus meruncing yang mana akan meningkatkan lagi harga minyak. Bagaimanapun, perang perdagangan yang berterusan antara AS dan China sedikit sebanyak telah menjejaskan sentimen pasaran di seluruh dunia,” katanya kepada Bernama. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini