Kerabat Raja, individu dilarang guna jata peribadi, alamat Istana Rasmi Sultan Mizan - Utusan Malaysia

Kerabat Raja, individu dilarang guna jata peribadi, alamat Istana Rasmi Sultan Mizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 16 Mei – Kerabat-kerabat raja atau mana-mana individu tidak layak menggunakan Jata Peribadi (Lambang) Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin serta penggunaan nama Istana Syarqiyyah sebagai alamat orang perseorangan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Mohd Azmi Mohamad Daham dalam kenyataan hari ini berkata Sultan Mizan memandang berat terhadap penggunaan lambang serta nama istana rasmi baginda, sebagai alamat oleh orang perseorangan.

“Jata Peribadi Tuanku adalah dikhaskan penggunaan Tuanku sahaja. Mana-mana individu atau kerabat-kerabat raja tidak layak dan tidak berhak menggunakannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penggunaan nama istana rasmi sebagai alamat oleh orang perseorangan sepatutnya tidak berlaku dan Tuanku juga amat memandang berat perkara ini.

“Mana-mana individu juga adalah tidak layak dan tidak berhak untuk menggunakan nama istana rasmi Baginda sebagai alamat,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini