Tiada keadilan untuk PDRM? - Utusan Malaysia

Tiada keadilan untuk PDRM?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAHAGIAN 2
RANG UNDANG-UNDANG BERKAITAN PENUBUHAN INDEPENDENT POLICE

Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tidak terhad kepada fungsi menyiasat dan menghukum pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam rasuah tetapi turut merangkumi bidang kuasa yang luas.

Ini seperti soal disiplin, tata kerja kepolisan serta diberi kuasa untuk mendapatkan bukti-bukti dalam bentuk dokumen, pemintasan komunikasi seperti pemintasan telefon, internet dan pos serta memasuki sebarang premis dan menggeledah tanpa waran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan yang dibuat oleh IPCMC tidak boleh dicabar, dirayu dan dikaji. IPCMC juga tidak dipertanggungjawabkan terhadap sebarang tindakan yang diambil dalam kapasitinya sebagai sebuah mekanisme pemantau.

IPCMC turut mempunyai kuasa untuk menyemak dokumen atau rekod jabatan-jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sulit dan sensitif termasuk dokumen melibatkan tatakerja perisikan dan siasatan yang dilaksanakan atas kepentingan kerajaan.

Ini juga termasuk networking and exchanges of intelligence dengan agensi-agensi perisikan asing di seluruh dunia. Sebagai code of ethics, networking and exchanges of intelligence seperti ini tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga dan amalan sedemikian juga menjadi tradisi semua agensi perisikan termasuk di Barat.

Implementasi IPCMC bermakna dokumen-dokumen sulit dan sensitif PDRM dan segala maklumat yang terdapat dalam badan perisikannya boleh diperiksa tanpa mengambil kira kerahsiaan, sensitiviti dan puncanya.

Amalan seperti ini tidak pernah berlaku di mana-mana negara yang membolehkan maklumat, data dan fail agensi keselamatan diperiksa oleh satu agensi lain.

Dalam keadaan tertentu pula, PDRM dikehendaki melindungi operasi-operasi sulit yang dilancarkan demi kepentingan kerajaan dengan hanya dimaklumkan kepada Perdana Menteri.

Kuasa kepada IPCMC untuk melakukan pemintasan komunikasi dalam apa juga bentuk boleh menimbulkan komplikasi kerana ia bercanggah dengan prinsip undang-undang yang hanya membenarkannya untuk national security dan kes-kes jenayah berbentuk life threatening dan bukan soal-soal trivial seperti misconduct dan corruption.

Undang-undang ini juga berkuatkuasa secara retrospective dan bermakna pegawai dan anggota yang telah bersara boleh disiasat berasaskan tohmahan lama. Suruhanjaya ini mendakwa telah mengkaji beberapa model badan pemantau termasuk di United Kingdom; Queensland serta New South Wales di Australia dan Hong Kong.

Setelah dikaji, didapati peranan kesemua badan pemantau tersebut adalah sebagai penasihat sahaja tanpa mengganggu fungsi mana-mana mahkamah atau sistem kehakiman serta tidak memiliki kuasa untuk memastikan organisasi polis terikat dan mematuhi cadangannya.

Sebaliknya IPCMC melalui bill ini akan menjadi sebagai penyiasat, pendakwa dan hakim serta meletakkan kedudukannya lebih berkuasa daripada Bahagian Tatatertib PDRM, Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), Peguam Negara dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Bidang kuasa IPCMC sewajarnya terhad kepada kes-kes rasuah PDRM dan tidak melibatkan perkara-perkara disiplin kerana ini adalah bidang kuasa SPP dan Bahagian Tatatertib PDRM seperti termaktub di bawah Artikel 140 Perlembagaan Persekutuan.

PDRM berpendapat, kuasa-kuasa yang diberikan kepada IPCMC membatasi kepentingan beberapa akta lain seperti Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Keterangan 1950 dan Kanun Acara Jenayah 1976.

Ini ditegaskan melalui Seksyen 56 yang menyatakan, mana-mana Akta Parlimen berhubung kerahsiaan tidak terpakai jika suruhanjaya ini memerlukan dokumen serta perkara lain untuk tujuan tugas mereka.

Berbanding Police Integrity Commission Act 1996 No. 28 yang dirujuk oleh suruhanjaya, hanya peruntukan undang-undang tertentu yang disenaraikan bukannya keseluruhan seperti yang dicadangkannya.

Sekiranya cadangan penubuhan IPCMC diteruskan, beberapa peruntukan yang terkandung di dalamnya harus dipinda atau diketepikan, antaranya:

Seksyen 56 hendaklah dibaca: All provisions relating to secrecy in any Acts of Parliament shall apply to the divulging of information or the production of any document or other thing, pursuant to a requirement made by or under this Act.

Seksyen 41(2) hendaklah dibaca: A witness summoned to attend or appearing before the Commission at a hearing is excused from answering any question or producing any document or other thing on the ground that the answer or production may incriminate or tend to incriminate the witness, or on any other ground of privilege, or on the ground of a duty of secrecy or other restriction on disclosure, or on any other ground.

Berat sebelah

Isu lain yang ingin dibangkitkan berhubung cadangan rang undang-undang ini didapati berat sebelah dan bersifat sengaja untuk menekan PDRM. Cadangan terhadap kuasa-kuasa yang diberikan kepada IPCMC, ternyata terpesong daripada pematuhan hak-hak asasi manusia.

IPCMC ditakrif telah membelakangkan hak seorang pegawai polis dengan menyenaraikan keputusannya adalah muktamad, tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula siasatan dan tuduhan.

Ini bertentangan dengan nilai-nilai hak asasi yang diguna pakai oleh suruhanjaya serta bercanggah dengan peruntukan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan di mana semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang.

Didapati banyak syor oleh suruhanjaya yang mendesak PDRM mematuhi prosedur hak asasi tetapi apabila ia melibatkan keperluan suruhanjaya terutama dalam hal-hal mengawal PDRM, ia telah mengenepi prosedur ini.

Situasi sebegini menimbulkan tanggapan warga PDRM bahawa suruhanjaya tidak konsisten dan tidak berpegang kepada keadilan terhadap PDRM dalam merangka cadangannya.

Peruntukan ini adalah bercanggah dengan peruntukan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Adakah warga PDRM tidak wajar diberi peluang untuk membela diri sekiranya dikenakan dakwaan?

Kerajaan memang diakui serius untuk membanteras rasuah dalam PDRM. Tanggungjawab ini perlu diserahkan sebagai tugas tambahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedia mempunyai staf terlatih dan berpengalaman serta rekod lengkap yang boleh membantu penyiasatan.

Satu lagi langkah yang lebih wajar dilakukan adalah dengan memperkukuhkan Biro Pengaduan Awam (BPA). BPA perlu dikaji dan diberi kuasa eksekutif serta diperluaskan lagi bidang kuasanya melalui pindaan Parlimen.

Langkah ini akan menjadikan BPA mampu berfungsi dengan lebih realistik seperti ombudsman yang wujud di New Zealand. Sesuatu yang lebih penting adalah BPA akan menjadi badan pemantau tetap untuk semua agensi kerajaan di negara ini.

IPCMC yang cuma difokuskan terhadap PDRM dilihat tidak realistik untuk kerajaan dan ditaksir satu pembaziran dari sudut perbelanjaan kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini