Hartawan India beli syarikat mainan ikonik Britain - Utusan Malaysia

Hartawan India beli syarikat mainan ikonik Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 11 Mei – Lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani dilaporkan telah membeli syarikat peruncit mainan ikonik Britain, Hamleys untuk jumlah yang tidak didedahkan.

BBC melaporkan, Reliance Brands Limited, yang dimiliki Ambani, memaklumkan telah menandatangani perjanjian untuk membeli syarikat dari C Banner International China yang memiliki Hamleys pada 2015.

Hamleys yang ditubuhkan pada 1760, adalah peruncit mainan tertua di dunia dan mempunyai 167 rangkaian di 18 negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Reliance Industries sudah mengendalikan 88 cawangan Hamleys di 29 bandar raya di India.

Menurut Forbes, Ambani yang berusia 62 tahun memiliki kekayaan bernilai AS$50.7 bilion.

“Pengambilalihan di seluruh dunia jenama Hamleys yang ikonik, adalah mimpi yang menjadi kenyataan,” jelas Darshan Mehta, Ketua Pegawai Eksekutif Reliance Brands Limited dalam satu kenyataan di sini.

Hamleys pada tahun lepas melaporkan kerugian 9.2 juta pound, menyalahkan Brexit dan ancaman keganasan.

Hamleys telah membuka empat cawangan di United Kingdom tetapi kemudian menutup dua cawangan.

Bagaimanapun, kedai utama di Regent Street London, yang dibuka pada 1881, terus menjadi salah satu tarikan utama di bandar ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini