Serah sumbang naik taraf surau - Utusan Malaysia

Serah sumbang naik taraf surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRIHATIN. Pengerusi Jawatan Kuasa Perpaduan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, R. Sammugam menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Surau Al-Ikhlas Zon Mawar di Ambangan Height, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Surau Al-Ikhlas, Mohd. Amin Shaary berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian wang tersebut.

“Sumbangan itu akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan ruang tambahan 
surau bagi membolehkan lebih ramai jemaah datang ke surau ini selain mereka dapat beribadat dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerahan replika cek tersebut disampaikan oleh Sammugam kepada imam surau berkenaan iaitu Shafie Murad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini