Perbaiki komunikasi korporat kementerian - Utusan Malaysia

Perbaiki komunikasi korporat kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SEMALAM
genap setahun usia pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Satu perkara yang dianggap kecil, namun impaknya sangat besar terutama dalam aspek pengurusan tadbir urus komunikasi korporat setiap kementerian perlu diberi perhatian dan penekanan.

Aspek ini nampaknya belum menyerlah pencapaiannya.Setiap kementerian mempunyai seorang ketua komunikasi korporat sebagai focal point. Peranannya menjadi tunggak serta pemboleh ubah tadbir urus dengan teratur dan sempurna perlu dikemaskan lagi.

Jumlah perjawatan di Bahagian Komunikasi Korporat setiap kementerian perlu ditambah. Peruntukan perlu diberikan bagi mereka menjalankan aktiviti mendampingi rakyat serta promosi dan publisiti setiap kementerian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa sama, ketua komunikasi korporat perlu pantas memahami denyut nadi serta co-business serta permasalahan asas yang dihadapi oleh kementerian masing-masing.

Ketua komunikasi korporat tidak perlu mengasingkan diri dan berada dalam dunia sendiri serta menolak pergaulan dan mengelak mendengar permasalahan dan rintihan pelanggan dalaman dan luaran kementerian serta rakyat yang bergantung harap terhadap perkhidmatan awam dan kerajaan.

Mereka perlu tuntas memahami prosedur kewangan serta peraturan yang berkuat kuasa dalam kementerian. Pelanggaran kepada prosedur kewangan dan pentadbiran boleh membawa implikasi buruk antaranya dakwaan tiada integriti.

Dalam aspek hubungan awam dan media, pergantungan kepada media sosial semata-mata adalah tidak mencukupi. Media konvensional seperti akhbar, majalah dan buku masih perlu digunakan untuk rakyat mendapatkan maklumat sahih dan tepat tentang kementerian berkaitan.

TOH TAN DEWASAKTI

Tapah, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini