Prabowo Kecewa Agus jumpa Jokowi? - Utusan Malaysia

Prabowo Kecewa Agus jumpa Jokowi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 6 Mei – Ketua Umum Parti Gerakan Indonesia Raya (Ge­rindra), Prabowo Subianto membatalkan pertemuan dengan isteri Susilo Bambang Yudhoyono, Ani Yudhoyono secara mendadak, baru-baru ini.

Portal berita Liputan6 me­laporkan, Ani ketika ini masih mendapatkan rawatan berhubung penyakit barah payu­dara di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura.

Susulan pembatalan pertemuan tersebut, timbul khabar angin mendakwa calon pilihan raya Presiden (pilpres) nombor dua itu berasa kecewa apabila calon Ketua Daerah, Agus Harimurti Yudhoyono (AHY) mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Memuatkan artikel berkaitan…
PRABOWO SUBIANTO
PRABOWO SUBIANTO 

Menurut Ketua Jabatan Bidang Advokasi dan Undang-Undang Parti Demokrat, Ferdinand Hutahaen, beliau tidak boleh memastikan khabar angin tersebut, namun mengakui menerima maklumat berhubung perkara berkenaan daripada rakan-rakan parti.

“Memang sa­ya ada terde­ngar khabar a­ngin mendakwa Prabowo berasa kecewa apabila AHY bertemu dengan Jokowi.

“Namun, pembatalannya untuk bertemu dengan Ani tidak me­nimbulkan sebarang masalah kepada Demokrat kerana sudah ba­nyak tetamu kehormat melawat Ani di hospital,” katanya.

Dalam pada itu, ahli Badan Komunikasi Parti Gerindra, Andre Rosiade menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan bahawa pembatalan pertemuan itu disebabkan oleh Prabowo mempunyai hal yang perlu di­selesaikan di Aceh.

“Prabowo mempunyai jadual yang padat kerana perlu ke Aceh sebelum ke Medan, bukannya beliau berasa kecewa seperti yang didakwa sebelum ini.

“Sudah pasti beliau akan mencari masa yang sesuai untuk melawat Ani,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini