Beregu campuran belum mantap - Utusan Malaysia

Beregu campuran belum mantap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA Jurulatih beregu campuran kebangsaan, Chin Eei Hui mengakui prestasi anak-anak buahnya pada kejohanan badminton Terbuka New Zealand yang berakhir kelmarin masih belum mencapai tahap memuaskan.

Beliau menganggap dua beregu campuran kebangsaan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai masih belum menunjukkan prestasi sebenar apabila kedua-dua gandingan itu ter­singkir pada peringkat suku akhir.

Justeru, Eei Hui menegaskan, anak-anak buahnya perlu bekerja lebih keras dalam sesi latihan bagi mempersiapkan diri menjelang Piala Sudirman di Nanning, China bermula 19 hingga 26 Mei ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhan, saya masih belum berpuas hati dengan prestasi pemain-­pemain beregu kebangsaan pada Terbuka New Zealand. Bagi saya, prestasi mereka pada kejohanan ini belum mencapai tahap memuaskan dan bukan permainan sebenar mereka.

“Apa yang pasti, saya boleh lihat ada beberapa aspek perlu diperbaiki jika mahu kembali ke prestasi terbaik. Banyak kerja yang perlu dilakukan sebagai persiapan menjelang Piala Sudirman di Nanning nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beregu kebangsaan gagal menampilkan aksi dimahukan pada kejohanan tersebut, manakala beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berjaya memastikan kejuaraan menjadi milik mereka selepas menundukkan wakil Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti.

Sementara itu, Eei Hui turut mengakui Soon Huat tidak mampu menampilkan aksi sebenar memandangkan baru sahaja pulih daripada kecederaan hamstring yang dialami sebelum ini, sekali gus sedikit menjejaskan prestasinya di New Zealand.

“Selepas mengalami kecederaan hamstring sebelum ini, dia kurang mengikuti latihan kerana perlu mengikuti proses rawatan. Ini adalah kejohanan pertama selepas dia pulih daripada kecederaan, jadi saya mahu lihat keadaannya di sini dahulu.

“Apabila pulang nanti, saya akan memantau keadaannya bagi mempersiapkan diri bagi menghadapi Piala Sudirman nanti. Sekarang dia sudah jalani latihan seperti biasa, jadi saya yakin keadaannya sudah bertambah baik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini